Wednesday, September 26, 2012

Tarbiyyah Islamiyyah !! ^-^

Assalamualaikum..
Insyaallah ini adalah satu perkongsian tentang Tarbiyyah.. Apa itu Tarbiyyah? Kenapa penting?
 Mari kita dalami Tarbiyyah...






Firman Allah s.w.t.. yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Al-Maidah : 35 )

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah .
Jesteru , ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan , pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan factor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta serta uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran.

Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan .
Dari pentarbiyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Melahirkan Umat Muttaqin(Ummat Yang Bertaqwa) Yang Mempunyai Ta’alluq Billah Yang KuatTarbiyah Islamiyah bertujuan melahirkan satu generasi para du’at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.

Melahirkan Insan Muttaqin (Insan Bertaqwa) Yang Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Tarbiyah Islamiyah adalah program melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurgaNya.
Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka Jahannam.

Melahirkan Para Mukmin Yang Menghayati PerjuanganMukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar . “ (Al-Hujurat : 15)

ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tauhidullah ( mengesakan Allah)
Ini mendorong tindakan bersifat bersih dari sebarang ideologi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam atas keruntuhannya.(Inqilabiyyah)

2. Nubuwwah ( berlandaskan apa yang dibawa oleh para Nabi )
Ia membezakannya dengan tarbiyah Jahiliyyah yang berlandaskan AKAL semata-mata.

3. Al-Hasyr wal Jaza’ ( Hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan )
Tarbiyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.


ASPEK TARBIYYAH

1. Tarbiyyah Aqliyah

berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan Dakwah :
a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan dakwah
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu
c) mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa
d) berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut berlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran ( pemikiran terbuka )

2. Tarbiyah Khuluqiyah (tingkah laku )

Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiyah Khuluqiyah yang harus diamalkan:

Sabar : sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia
 (lihat surah Al-Imran: 200)

Thabat (tetap pendirian ) : Istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu jadikan baginda sebagai uswah hasanah(Contoh terbaik).
Amal ( berwawasan ) : mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.

Mencurahkan tenaga : Gigih dan berusaha dalam menegakkan Islam. Tidak kedekut dalam menyumbangakan masa, harta, kebahagiaan keluarga hatta dirinya sendiri untuk jalan dakwah.

3. Tarbiyah Jihad

Tarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh , usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi

1 Kefahaman
2 Akhlak
3 Iman
4 Persediaan ruh
5 Persediaan mental
6 Persediaan jasad

4. Tarbiyah Ijtima’ie

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah dengan perjuangan yang sebenarnya.”

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh Para Daie ialah :

Sebagai perubah masyarakatMembuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua cara sekalipun, samada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.


5. Tarbiyah Fizikal

Tarbiyah ini membawa matlamat :

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit.
Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa.
Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.

6. Tarbiyah Siasah

Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah , hubungan kerajaan dengan musuh , kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Jesteru gabungan antara tarbiyah siasah dan tarbiyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus keatas Para Daie untuk :

Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik.
Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skill pembinaan siasah Islamiyyah.
Menjalin hubungan baik dengan non-muslim yang lain dengan menampilkan asas agama secara praktikal.
Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

TARBIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYYAH
Dakwah Islamiyyah perlu menekankan aspek tarbiyah kerana tarbiyah merupakan perkara asas paling utama dan tulang belakang bagi Dakwah Islamiyyah. Dakwah Islamiyyah seharusnya mewujudkan unsur-unsur yang mampu melahirkan Daie yang mempunyai sifat-sifat berikut:

Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah.

Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam

Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’(keadaan tempat).

Berpandangan jauh




UNSUR-UNSUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Peringkat Tarbiyyah

Hasan al-Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah tarbiyyah:
a) Peringkat Ta’arif(Kenal) : satu tahap pembersihan aqidah.
b) Peringkat Takwin(pembentukan) : proses pembentukan Insan Daie.
c) Peringkat Tanfiz(Hasil) : memastikan Daie berkualiti dari sudut praktikalnya dan mampu beri sumbangan utk Islam dan Ummat.

Kesimpulan:
Tarbiyyah menjadi teras seseorang individu. Tanpa tarbiyyah seseorang