Sunday, June 10, 2012

Aku, UIA dan UIA, Aku

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam atas junjungan baginda Muhammad SAW...

Lama dah aku tak update blog. Ade kawan-kawan aku dah tanye "bile mau update ???"

Sori lah pasal aku nih busy sejak due menjak...

Tajuk nih..

hmm..

Menjadi Comitte bagi Taaruf Week CFS IIUM banyak mengajar aku membuat kan kami(Students UIA) adalah UIA dan universiti nih dah jadi hampir sebahagian daripada hidup aku..

Bukan saje waktu Taaruf Week tapi yang paling utama pabila kita bersama kawan-kawan seperjuangan. Susah yang amat untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang sanggup untuk sama-sama berjuang hanyasanya untuk kepentingan Allah, Rasul, Islam, dan Ummat Akhir Zaman ni, bukan untuk kepentingan diri sendiri...

OK.. tolak tepi pasal tuh.. aku nak share sikit pasal banyak perubahan yang berlaku pada Taaruf Week terutama waktu cultural night. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada kami kumpulan Qasidah untuk menyampaikan dakwah kepada semua masyarakat. Waktu Cultural Night tuh persembahan Qasidah di jadikan pembuka majlis Cultural Night.

Alhamdulillah, kami(Aku dan kawan-kawan) dapat sampaikan mesej dalam dakwah kami melalui Qasidah-Qasidah. Qasidah yang menjadi alunan Ummat Islam di Malaysia kebelakangan nih memang menarik perhatian sekaligus Alunan Qasidah yang dibawak nih dapat  mengganti hiburan melampau yang dibawa oleh bukan Islam yang mana kebanyakan drpd hiburan-hiburan itu membawa kepada SADDU ZZARA'IK atau dalam bahasa nya jalan-jalan yang membawa kepada haram dan kemudharatan.

Jadi, kat sini aku just nak share ja persembahan kami.. Harap Korang sume dapat sentiasa dekatkan diri kepada Allah...

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang dapat ajak orang lain kepada Allah"


Sekian itu sahaja.. "Kuatkan dirimu dalam membetulkan dirimu kerana setiap orang punya peluang untuk mendapat keredhaan-Nya"

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh