Monday, March 26, 2012

Ilmu..?? Setiap perkara ada prinsipnya..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..!!

Muaz bin Jabal pernah mendapat satu amalan yang diberi oleh Rasulullah SAW sewaktu Rasulullah SAW mengatakan kepada Muaz bin Jabal: "Aku Suka Engkau"...Lalu, Muaz bin Jabal membalas kata Rasulullah SAW itu.. kemudian Rasulullah memberi satu amalan kepada Muaz bin Jabal untuk dibaca setiap selepas solat iaitu:
"Allahumma A'inni Alaa Zikrika, Wa Syukrika, Wa Husni Ibadatika" sebanyak 3 kali
supaya hati kita tetap istiqamah kepada Allah Taala dalam ibadat, kecintaan, dan seluruh kehidupan seharian kita..

Insyaallah amal ye...

BAiklah..hari ini, ana terbaca artikel dalam Majalah Q&A edisi ketiga...

Isu yang dibincangkan adalah Cabaran Memelihara Ilmu Islam di Alam Siber..

Maklumlah, kita sekarang berada pada zaman teknologi dan seperti yang biasa diperkatakan, "Masa cepat berlalu"
sebahagian daripada Ulamak mengatakan yang ianya adalah sebahagian drpd tanda Kiamat seperti yang disebut oleh Baginda Rasulullah...
Oleh itu, Kita sekarang asyik sibuk dgn urusan dunia sehingga kurang masa untuk diluangkan ke arah mendalami ilmu agama...
Jadi, Cara terpantas kita adalah dengan mempelajari ilmu agama melalui internet seperti Google, Youtube, Facebook dan Wikipedia...
Persoalannya apakah ianya satu panduan terbaik dalam menggunakan medium internet ni supaya ketulenan ilmu Islam terjaga..?

Ada orang selalu cakap: "Jangan dok amik sangat ilmu agama drpd internet, kita konfirmkan dulu sumber, jgn dok sebarkan je"

memang betul... sebab sekarang nih banyak je wujud hadis-hadis palsu dan bersumberkan bible dan lain lain tetapi dijadikan hujah dalam Islam..Ini adalah totally salah...

Sejak daripada dulu para Ulamak amat menegaskan akan keshahihan ilmu itu..dan ilmu itu terdapat padanya 10 prinsip atau dipanggil Al-Mabadi Al-Asy'arah(Prinsip yang Sepuluh)..
Biasanya sebelum setiap tajuk yang dibicarakan, sebelum setiap kitab ilmu ditulis, prinsip inilah yang diperkenalkan..insyaallah

  1. Takrif
  2. Maudu'(skop perbincangan)
  3. Faedah
  4. Kelebihan
  5. Nisbah(bandingan dengan ilmu yang lain
  6. Pelopor( orang yang menyusunnya)
  7. Nama yang diberi kepada ilmu itu
  8. Sumber ambilan ilmu itu
  9. Hukum syarak dalam mempelajarinya
  10. Masalah dan perbincangannya
(Petikan daripada buku Menjawab 101 Persoalan Tauhid oleh al-'Allamah al-Ustaz Asy-Syaikh Tohir al-Jazariy,terjemahan Drs Pauzi Haji Awang) 

Secara realiti dan praktikalnya, bukan nya dalam post kali ini terlalu menyempit tentang cara mendapatkan ilmu...ilmu boleh sahaja untuk diambil kata2 Rasulullah atau kata2 seorang Ulamak atau sesiapa sahaja...berswumber mana pun..namun, kita perlu berhati-hati..jangan taklid je..

Jadi orang Islam yang bijaksana....

kadangkala pandangan yang diberikan oleh seseorang itu berdasarkan hawa nafsu dan bbukan atas dasar ilmu...

INSYAALLAH...harap entum sume dapat manfaat ye..^_^..

sebarang kekonfiusan silalah tanya...