Thursday, January 26, 2012

Maulid??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers..! Ape kabar? Kaifa Halukum? Dah selawat keatas Rasulullah saw?

Dalam firman Allah: Sesungguhnya ALLAH dan MalaikatNya berselawat keatas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman selawat dan salamlah keatas (Rasulullah) Al-Ahzab:56

Hari ni aku nak kongsikan berkaitan selawat dan Maulid...

"selawat aku tau lah, tapi maulid?
apakah itu?"

Maulid tu adalah satu pembacaan tentang keperibadian Rasulullah SAW dan tentang kelebihan-kelebihan, pengorbanan, tatacara perlakuan Baginda, kemuliaan akhlak baginda..

bacaan ini dalam bentuk "rawi" iaitu seperti sebentuk karang pendek daripada 2 hingga 5 perenggan..

Sesetengah Maulid diselit dengan pembacaan Qasidah iaitu pujian-pujian tentang Rasulullah, rintihan kepada ALLAH, munajat dan lain-lain...

Contoh Maulid yang paling 'familiar' ni adalah 'Maulid Dibaie'

iaitu penerangan tentang Tujuan membaca Maulid oleh salah seorang yang Alim dari keturunannya Rasulullah, Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad As-Saqqaf

link nih memang bermanfaat dan Alhamdulillah dan insyaallah dapat merungkai persoalan tentang apa itu Maulid dan kenapa nak baca Maulid pulak.. 

Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf: Antara Tujuan Membaca Maulid

by Abu Zahrah on Thursday, January 26, 2012 at 8:39am
Al-Imam al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf رضي الله عنه berkata di dalam satu majlis maulid di kediaman beliau di Jeddah:

“Tujuan dari diadakan pembacaan kisah maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم semata-mata agar bashirah (matahati) kita terbuka dan dapat menjadi orang yang lebih baik dalam akhlaq tatkala kita menyemak keindahan peribadi Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dimulai dengan keindahan basyariyyah (fizikal) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dan hal ini (keindahan basyariyyah) diluar kemampuan kita, kerana masalah penciptaan itu mutlak hak Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya (bermaksud): Dialah yang membentuk kamu dalam rahim-rahim sebagaimana yang dikehendakiNya (Aali ‘Imran: 6).

“Jikalau keindahan fizikal Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sudah pasti kita tidak dapat menyamainya, namun apabila hal itu berkaitan dengan masalah sifat, akhlaq Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka kita semua dapat mengambil dan meneladani sebahagian daripada akhlaq yang telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan perilaku seharian Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ………..” [beliau meyebutkan beberapa contoh akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, di mana al-Fagir tidak bawakan disini …..]

“…… Inilah intipati dari pembacaan maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Tidak cukup orang sekadar membaca shalawat ketika mendengar keindahan sifat (akhlaq) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, kerana tujuan utamanya adalah hati-hati kalian memandang kepadanya serta tersentuh untuk mengamalkannya. Dan kelak setelah mengamalkannya, kalian akan mendapat perhatian dan pandangan khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dengan demikian, kalian akan mendapat cucuran rahmat dari Allah Ta’ala, dan pastinya apabila seseorang mendapat rahmat ini, maka ia akan menjadi orang yang didekatkan dan dicintai oleh Allah Ta’ala. …………”