Tuesday, January 24, 2012

Salaamullahi Alaikum.. Hidup?


Aku bukan lah penulis yg rajin...ttp seorg yg minat la jugak menulis..aku pernah mereka sebuah cerita adventure dan cikgu berkata pada aku "kamu boleh menjadi sorg penulis hebat"..amiin~semoga kelebihan yang ada pada aku boleh menjadi wadah dakwah.insyaallah



"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"

Itulah tujuan kita, mencapai hakiki..beribadah kpd allah..for allah..lillahi taa'la..segala yg kita lakukan di dunia untuk mencapai ibadat kita kpd allah...dunia adalah jambatan ke akhirat..pernah dengar??? ha,
hari ni korang dengar ye..ok..begitulah..nih aq mawu kongsi sama kamu sume..tntg life....oleh salah seorg mujahidin:

Mujahid Fathi Yakan..siape tu?ok mari kita kenal:

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Fakta lain:- Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

baeklah kita dah kenal orgnyer...ape dye kate?

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah SWT.

Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:

1. Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56

2. Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”
- Surah Ali ‘Imran: ayat 185

4. Mengetahui benar-benar akan hakikat Din al-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5. Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Di samping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahami Jahiliyyah barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka.”


Baiklah, itu sedikit daripada ulasan Dr Fathi Yakan.

Insyaallah segala yang baik adalah daripada Yang Maha Esa.

Juz 4 Tazkirah ^_^


Ya Allah ! Kau matikanlah aku dalam husnul khatimah!


Segala Puji bagi Allah Tuhan sekelian alam... yang Maha Berkuasa.. Dialah yang memberi nikmat kepada kita..
Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, cahaya segala cahaya, rahsia segala rahsia yakni Rasulullah SAW...
Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah!
Seseorang itu akan mati menurut kebiasaan hidupnya
kalau orang tu membuat ketaatan maka akan mati dalam keadaan baik
tapi kalau ada org membuat ketaatan tetapi mati dalam keadaan buruk, ini perkara yg jarang-jarang berlaku

Bak kata melayu sekarang:
"kalau buat jahat mane pun mati dalam baik jugak sebab kite islam"

pendapat ulamak sebab terjadinya itu kerana hati nya busuk, jahat..
soal hati  tak boleh dilihat, org sentiasa bersamanya boleh lihat: isteri, kwn rapat, anak2


Mati dlm keadaan baik tidak akan berlaku kepada  orang yang baik amalnya
melainkan hatinya buruk, sentiasa melakukan, dan mengekalkan dosa besar, mencabuli perintah allah

       Ketika hampir mati, (MATI dalam keadaan yang biasa dia lakukan dlm hidup)maka akan dihadirkan org yang rapat dengan dia, kawan ketika dia hidup..
Maka kalau orang itu lalai, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang lalai akan(dlm khayalnya)

Maka apabila org itu masa hidup suke minum arak, apabile tibe waktu hampir kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang suka minum arak..

Dan apabila orang itu hidup suka bersama duit, contohnya macam broker, maka apabila tiba hampir waktu kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawan duit..

"mat, bawak ucaplah laa ilaaha illallah..
mat tak mengucap, tapi dia kire duit ( waktu waktu mati dah nih!!)"   ~Ya Allah! Kau matikanlah kami dalam husnul khatimah!

Sebab itu apabila kita melakukan urusan dunia, jangan lupalah akan zikir kepada Allah scara istiqamah insyaallah..

Dikisahkan pada suatu kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s apabila Nabi Musa a.s dan Harun a.s ingin berdakwah kepada firaun, maka berkata pembesar-pembesar dan menteri-menteri firaun: "Musa ini berdakwah kerana mereka ingin kan kuasa tuan, maka apabila tuan mengikut agama mereka,tuan perlu mengikut ajaran mereka,mereka akan jadi lebih hebat.

Sebab itu dalam berdakwah boleh jadi kerana dunia, jadi banyak org berdakwah kerana hendakkan dunia

Oleh itu Allah suruh Nabi Musa a.s dan Harun a.s. jgn berhenti daripada berzikir dan mengingati, kemudian Allah suruh Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s pergi kepada Firaun.
Sebab itu lah kite mesti sentiasa berzikir supaya hati kita terpelihara
biarlah hati kita dijaga oleh zikir, agar kita tidak melampaui batas..

Dalam satu hadis:

Dari Abdullah An Nu'man ibn Bashir r.a katanya: aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu nyata, dan diantara keduanya itu syubhah(keraguan) yang mana banyak orang tidak mengetahuinya. dan siapa yang menjauhi syubhah maka dia terpelihara dalam agamanya dan maruahnya, tetapi jika dia meletakkan dirinya dalam syubhah,dia telah meletakkan dirinya dalam perkara haram............
dan sesungguhnya didalam jasad ada satu daging, apabila suci daging itu maka suci seluruh jasadnya, dan apabila rosak daging itu maka rosak seluruh jasadnya, iaitu adalah hati"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Jadi, jagalah
ibadat

solat,

baca quran,


wirid-wirid


jadi amalan mesti dijaga!!

bila kita mengikut jadual kita sendiri(tidak berzikir) kita akan lalai
zikir juga adalah satu konsep disiplin yang diaunjurkan oleh Yang Maha Pakar, Allah..
zikir melatih kita berdisiplin dalaman dan luaran, serta belajar mengawal diri..

teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus di UIA Gombak

"setiap sesuatu perkara mesti ada ilmu, nak mencuri kena ada ilmu, nak jadi doktor kena ada ilmu, nak jadi penulis, kena ada ilmu, nak berjalan pun kena ada ilmu..." -Ustaz Azhar Idrus

oleh itu, dalam menguruskan hati..ade ilmunya juga..
saya just share apa yang ada
ada 3 peringkat dalam pengurusan hati apabila kita berurusan dengan Allah
pertama: takholli(pengosongan)

kosongkan hati daripada segala sifat mazmumah:dengki,hasad,riya',ujub, takabbur

kedua: tahalli(hias)

setelah hati dikosongkan, maka hiaskan dengan sifat-sifat mahmudah/segala sifat yang baik

ketiga: tajalli(hadir)

kemudian barulah menghadirkan diri kepada Allah..


contoh:

Apabila kita mendapati tetamu akan hadir ke rumah kita, maka sudah tentu kita akan bersih kan rumah dan diri ,tutup segala keburukan kita( meja bersepah, pakaian). Kemudian kita hiaskan rumah kita dengan lampu-lampu, makanan, perhiasan, diri kita..

" Dia lah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun"
Surah Al-Mulk : 2


juz  4 tazkirah ^_^