Monday, March 26, 2012

Ilmu..?? Setiap perkara ada prinsipnya..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..!!

Muaz bin Jabal pernah mendapat satu amalan yang diberi oleh Rasulullah SAW sewaktu Rasulullah SAW mengatakan kepada Muaz bin Jabal: "Aku Suka Engkau"...Lalu, Muaz bin Jabal membalas kata Rasulullah SAW itu.. kemudian Rasulullah memberi satu amalan kepada Muaz bin Jabal untuk dibaca setiap selepas solat iaitu:
"Allahumma A'inni Alaa Zikrika, Wa Syukrika, Wa Husni Ibadatika" sebanyak 3 kali
supaya hati kita tetap istiqamah kepada Allah Taala dalam ibadat, kecintaan, dan seluruh kehidupan seharian kita..

Insyaallah amal ye...

BAiklah..hari ini, ana terbaca artikel dalam Majalah Q&A edisi ketiga...

Isu yang dibincangkan adalah Cabaran Memelihara Ilmu Islam di Alam Siber..

Maklumlah, kita sekarang berada pada zaman teknologi dan seperti yang biasa diperkatakan, "Masa cepat berlalu"
sebahagian daripada Ulamak mengatakan yang ianya adalah sebahagian drpd tanda Kiamat seperti yang disebut oleh Baginda Rasulullah...
Oleh itu, Kita sekarang asyik sibuk dgn urusan dunia sehingga kurang masa untuk diluangkan ke arah mendalami ilmu agama...
Jadi, Cara terpantas kita adalah dengan mempelajari ilmu agama melalui internet seperti Google, Youtube, Facebook dan Wikipedia...
Persoalannya apakah ianya satu panduan terbaik dalam menggunakan medium internet ni supaya ketulenan ilmu Islam terjaga..?

Ada orang selalu cakap: "Jangan dok amik sangat ilmu agama drpd internet, kita konfirmkan dulu sumber, jgn dok sebarkan je"

memang betul... sebab sekarang nih banyak je wujud hadis-hadis palsu dan bersumberkan bible dan lain lain tetapi dijadikan hujah dalam Islam..Ini adalah totally salah...

Sejak daripada dulu para Ulamak amat menegaskan akan keshahihan ilmu itu..dan ilmu itu terdapat padanya 10 prinsip atau dipanggil Al-Mabadi Al-Asy'arah(Prinsip yang Sepuluh)..
Biasanya sebelum setiap tajuk yang dibicarakan, sebelum setiap kitab ilmu ditulis, prinsip inilah yang diperkenalkan..insyaallah

  1. Takrif
  2. Maudu'(skop perbincangan)
  3. Faedah
  4. Kelebihan
  5. Nisbah(bandingan dengan ilmu yang lain
  6. Pelopor( orang yang menyusunnya)
  7. Nama yang diberi kepada ilmu itu
  8. Sumber ambilan ilmu itu
  9. Hukum syarak dalam mempelajarinya
  10. Masalah dan perbincangannya
(Petikan daripada buku Menjawab 101 Persoalan Tauhid oleh al-'Allamah al-Ustaz Asy-Syaikh Tohir al-Jazariy,terjemahan Drs Pauzi Haji Awang) 

Secara realiti dan praktikalnya, bukan nya dalam post kali ini terlalu menyempit tentang cara mendapatkan ilmu...ilmu boleh sahaja untuk diambil kata2 Rasulullah atau kata2 seorang Ulamak atau sesiapa sahaja...berswumber mana pun..namun, kita perlu berhati-hati..jangan taklid je..

Jadi orang Islam yang bijaksana....

kadangkala pandangan yang diberikan oleh seseorang itu berdasarkan hawa nafsu dan bbukan atas dasar ilmu...

INSYAALLAH...harap entum sume dapat manfaat ye..^_^..

sebarang kekonfiusan silalah tanya...

Sunday, March 25, 2012

Majalah Bacaan Terbaik..!! Q&A

Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji Bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Nabi itu pesuruh Allah..
Selawat dan Salam atas junjungan Baginda..

Allah berfirman:
"... dan ingatlah Allah banyak-banyak moga-moga kamu berjaya" (Al-Jumuah, ayat 10)

Sabda Nabi SAW:
"Sampaikanlah tentangku/dariku walau satu ayat"

First sekali, sorilah sebab blogger dah lama tak updatekan blog nih...

Jadi kat sini ana nak sharekan sikit majalah yang best untuk korang baca..

Sebelum  itu untuk apa korang bace majalah nih?

Ade orang baca majalah untuk penuhkan masa lapang..

Ada orang baca majalah untuk update isu-isu semasa..

Ada orang baca majalah sebab ada peminat dia..

Ada orang baca majalah sebab dia nak hilangkan boring..

Ada orang baca majalah sebab suke tengok rumah2, barang teknologi, dll padahal dia tak beli pun..

Jadi, dekat sini  hambe secara sukarelanya mengesorkan majalah yang ana rase sebagai satu bacaan majalah terbaik daripada Kreko, Manga, Wanita dan lain-lain majalah..

Majalah Q&A...


Memang pasti, kalau entum semua beli pasti tak akan rasa rugi...banyak ilmu-ilmu yang bermanfaat yang boleh dipraktikkan..

banyak jugak persoalan-persoalan yang pasti terjawab..

Baru-baru ni ana beli Majalah Q&A bagi edisi yang ketiga..baru baca 10 muka pertama tapi banyak ilmu yang padat yang ada dalam majalah ini walaupun teks yang ringkas..

First jurnal yang dipublishkan dah cakap tentang golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mana sekarang ni kita sibuk memperkatakan dan memperjuangkan Ahlus Sunnah daripada fahaman seperti Wahabi dan Syiah...

wah, memang bagus..

Pastu the second jurnal pulak cakap pasal realiti rakyat Malaysia sekarang nih umumnya kepada semua ummat Islam..

Ummat Islam sudah ramai yang berkemahiran tinggi dlm ilmu-ilmu keduniaan, namun, kita sebagai Ummat masih lagi lemah, kerana apa?

Ha, Meh baca Majalah Q&A nih harap korang suma suka dan minat membaca..

give feedback lah kalau dah beli ye...^_^

Banyakkan bacaan yang bermanfaat yang boleh membantu kita untuk ke jalan Hakiki, ke kampung Akhirat,,,,INSYAALLAH...


May Allah Bless Us, Juz 4 Sharing ^_^

Wednesday, March 7, 2012

kebaikan dan dosa

Drpd alnawwas bin sam'an r.a: Aku bertanya kepada nabi saw tentang kebaikan dan dosa, lalu bginda menjwb: " kebaikan adalah akhlak yg baik, manakala dosa ialah apa yg berbolak balik didalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya May Allah bless you n me .^_^ Juz 4 Tazkirah ^_^
Published with Blogger-droid v2.0.4