Thursday, January 26, 2012

Maulid??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers..! Ape kabar? Kaifa Halukum? Dah selawat keatas Rasulullah saw?

Dalam firman Allah: Sesungguhnya ALLAH dan MalaikatNya berselawat keatas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman selawat dan salamlah keatas (Rasulullah) Al-Ahzab:56

Hari ni aku nak kongsikan berkaitan selawat dan Maulid...

"selawat aku tau lah, tapi maulid?
apakah itu?"

Maulid tu adalah satu pembacaan tentang keperibadian Rasulullah SAW dan tentang kelebihan-kelebihan, pengorbanan, tatacara perlakuan Baginda, kemuliaan akhlak baginda..

bacaan ini dalam bentuk "rawi" iaitu seperti sebentuk karang pendek daripada 2 hingga 5 perenggan..

Sesetengah Maulid diselit dengan pembacaan Qasidah iaitu pujian-pujian tentang Rasulullah, rintihan kepada ALLAH, munajat dan lain-lain...

Contoh Maulid yang paling 'familiar' ni adalah 'Maulid Dibaie'

iaitu penerangan tentang Tujuan membaca Maulid oleh salah seorang yang Alim dari keturunannya Rasulullah, Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad As-Saqqaf

link nih memang bermanfaat dan Alhamdulillah dan insyaallah dapat merungkai persoalan tentang apa itu Maulid dan kenapa nak baca Maulid pulak.. 

Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf: Antara Tujuan Membaca Maulid

by Abu Zahrah on Thursday, January 26, 2012 at 8:39am
Al-Imam al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf رضي الله عنه berkata di dalam satu majlis maulid di kediaman beliau di Jeddah:

“Tujuan dari diadakan pembacaan kisah maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم semata-mata agar bashirah (matahati) kita terbuka dan dapat menjadi orang yang lebih baik dalam akhlaq tatkala kita menyemak keindahan peribadi Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dimulai dengan keindahan basyariyyah (fizikal) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dan hal ini (keindahan basyariyyah) diluar kemampuan kita, kerana masalah penciptaan itu mutlak hak Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya (bermaksud): Dialah yang membentuk kamu dalam rahim-rahim sebagaimana yang dikehendakiNya (Aali ‘Imran: 6).

“Jikalau keindahan fizikal Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sudah pasti kita tidak dapat menyamainya, namun apabila hal itu berkaitan dengan masalah sifat, akhlaq Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka kita semua dapat mengambil dan meneladani sebahagian daripada akhlaq yang telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan perilaku seharian Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ………..” [beliau meyebutkan beberapa contoh akhlaq Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, di mana al-Fagir tidak bawakan disini …..]

“…… Inilah intipati dari pembacaan maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Tidak cukup orang sekadar membaca shalawat ketika mendengar keindahan sifat (akhlaq) Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, kerana tujuan utamanya adalah hati-hati kalian memandang kepadanya serta tersentuh untuk mengamalkannya. Dan kelak setelah mengamalkannya, kalian akan mendapat perhatian dan pandangan khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Dengan demikian, kalian akan mendapat cucuran rahmat dari Allah Ta’ala, dan pastinya apabila seseorang mendapat rahmat ini, maka ia akan menjadi orang yang didekatkan dan dicintai oleh Allah Ta’ala. …………”

Wednesday, January 25, 2012

Matlamat dan cita-cita??


Assalamualaikum...


Ya Readers! Ape khabar? kaifa Halukum? 


Macam mana amal anda hari nih? ^_^ Berapa banyak bukti kita cinta Allah dan Rasul? 
ingat lah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2...Harapan saya pada entum smua agar hari ni lebih baik daripada semalam..


Sebelum tuh..taw tak perkara yg paling indah?..senyum..senyum itu sedekah..^_^


innallaha ma'ana..


sebelum masuk tajuk..sama-sama kita istighfar, ingat allah..sebagai satu nasihat..jgn kejar dunia..krn dunia akan mengejar kamu..kalau kamu tunduk tunduk kpd dunia..dunia akan jadi tuan kamu..manakala kamu hamba dunia.. oleh itu jgn tunduk kpd dunia agar dunia tunduk kpd kamu.....






Cita-cita. Semua orang ada cita-cita. begitu juga aku..
Semua orang sentiasa mahukan harapan sebab fitrah manusia ingin kan kebahagian. Mustahillah kalao entum sume nih takde cita-cita...

Dalam Islam, paling penting untuk kita ada matlamat yang jelas dan bermanfaat sehingga setiap perkara dalam agama pun paling penting kita nih ada niat dan matlamat yang jelas..
ini adalah antara ciri-ciri mukmin yang berjaya fiddunya wal akhirah...orang mukmin nampak tujuan/maqosid mereka...

Sultan Muhammad Al-Fateh diiktiraf sebagai pemimpin terbaik spt disebut dalam hadis Rasulullah SAW...
kenape ye? dan bagaimana Sultan Muhammad nih mampu mencapai satu kejayaan yang hebat ni walau pun telah dicuba sejak dari zaman para sahabt untuk menakluki kota konstantinopel..

Banyak kajian menjelaskan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh mempunyai matlamat dan keazaman yang jelas dan kuat..

Pernah diberitakan, sewaktu Sultan Muhammad AlFateh menyatakan hasratnya untuk menguasai konstantinopel yang amat muda waktu itu, hasratnya dikritik leh Menteri-menteri beliau yang 'senior' yang pernah bersama pemerintahan bapa Sultan Muhammad..apakah jawapan Sultan Muhammad?

Beliau berkata: 
" Aku mempunyai keazaman yang lebih jauh lebih kuat daripada bapa dan moyang-moyang sebelumku"

masyaallah, begitulah keberanian,keyakinan, kekuatan, keazaman muslim pada zaman dahulu..

Oleh tu, semua kita nih kene lah ada cita-cita ^_^..

dan aku dengan sukacitanya ingin benar berkongsi dengan korang smua tentag cita-cita :

pertama : menjadi orang yang istimewa disisi allah dan rasul....


Itu paling penting..dalam amal adanya ikhlas, dalam keikhlasan adanya cinta yang berputik didalam hati, cinta yg hakiki... aku tak suka melakukan sesuatu perkara yang tiada perkara itu..:D.
ttp manusia bukan sempurna..kadang2 terpeseong jugak...hehe..




kedua: menjadi orang yang menyumbang kepada agama,ummat dan dunia






orang-orang islam yang menyumbang kepada dunia seperti Rasulullah, Umar Alkhattab, Al-farabi, Alkhindi, Syeikh Abd Qadir Al-Jailani, Imam Abdullah Alhaddad, Imam Asyafie,Imam Malik,Imam Hanafi,Imam Hambali, Imam Hassan Albanna..

dan orang bukan islam yang menyumbang kpd dunia seperti Martin Cooper, Bill Gates,Ferdinand Verbiest dll....

adalah orang yang aku respect krn mereka menyumbang...



ketiga: engineer/inventor




keempat: penulis


                                                      bole ke?haha..


kelima: photographer





designer graphic software/animation/kartunis:






pensyarah:


                                                  haha..smart2..






da bez pemimpin keluarga/masyarakat:



ape lagi??ade banyak..tp x tertulis..

ok2...

Itu cita-cita aku..entum sume mcm mane? Set kan cita-cita entum sume...insyaallah

Rasulullah pernah bersabda: 
"mukmin yang kuat lebih disayangi Allah daripada mukmin yang lemah"

jadi, kita nak pilih yang mana? yang kuat ke yang lemah? yang bijak atau yang jahil? sebagai seorang islam kita digalakkan dalam mengizzahkan diri kita.. yakni menjadikan diri kita lebih baik dan lebih hebat agar orang bukan islam merasai kehebatan orang islam. Secara tak langsung mereka melihat kehebatan/izzah Agama Islam secara tak langsung menjadi dakwah..kita perlu bersaing nak-nak lagi didunia yang penuh persaingan nih..

Juz 4 Share ^_^


fikirkan...

Tuesday, January 24, 2012

Salaamullahi Alaikum.. Hidup?


Aku bukan lah penulis yg rajin...ttp seorg yg minat la jugak menulis..aku pernah mereka sebuah cerita adventure dan cikgu berkata pada aku "kamu boleh menjadi sorg penulis hebat"..amiin~semoga kelebihan yang ada pada aku boleh menjadi wadah dakwah.insyaallah



"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku"

Itulah tujuan kita, mencapai hakiki..beribadah kpd allah..for allah..lillahi taa'la..segala yg kita lakukan di dunia untuk mencapai ibadat kita kpd allah...dunia adalah jambatan ke akhirat..pernah dengar??? ha,
hari ni korang dengar ye..ok..begitulah..nih aq mawu kongsi sama kamu sume..tntg life....oleh salah seorg mujahidin:

Mujahid Fathi Yakan..siape tu?ok mari kita kenal:

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Fakta lain:- Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

baeklah kita dah kenal orgnyer...ape dye kate?

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah SWT.

Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:

1. Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56

2. Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”
- Surah Ali ‘Imran: ayat 185

4. Mengetahui benar-benar akan hakikat Din al-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5. Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Di samping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahami Jahiliyyah barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka.”


Baiklah, itu sedikit daripada ulasan Dr Fathi Yakan.

Insyaallah segala yang baik adalah daripada Yang Maha Esa.

Juz 4 Tazkirah ^_^


Ya Allah ! Kau matikanlah aku dalam husnul khatimah!


Segala Puji bagi Allah Tuhan sekelian alam... yang Maha Berkuasa.. Dialah yang memberi nikmat kepada kita..
Selawat dan Salam keatas Rasulullah SAW, cahaya segala cahaya, rahsia segala rahsia yakni Rasulullah SAW...
Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah!
Seseorang itu akan mati menurut kebiasaan hidupnya
kalau orang tu membuat ketaatan maka akan mati dalam keadaan baik
tapi kalau ada org membuat ketaatan tetapi mati dalam keadaan buruk, ini perkara yg jarang-jarang berlaku

Bak kata melayu sekarang:
"kalau buat jahat mane pun mati dalam baik jugak sebab kite islam"

pendapat ulamak sebab terjadinya itu kerana hati nya busuk, jahat..
soal hati  tak boleh dilihat, org sentiasa bersamanya boleh lihat: isteri, kwn rapat, anak2


Mati dlm keadaan baik tidak akan berlaku kepada  orang yang baik amalnya
melainkan hatinya buruk, sentiasa melakukan, dan mengekalkan dosa besar, mencabuli perintah allah

       Ketika hampir mati, (MATI dalam keadaan yang biasa dia lakukan dlm hidup)maka akan dihadirkan org yang rapat dengan dia, kawan ketika dia hidup..
Maka kalau orang itu lalai, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang lalai akan(dlm khayalnya)

Maka apabila org itu masa hidup suke minum arak, apabile tibe waktu hampir kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang suka minum arak..

Dan apabila orang itu hidup suka bersama duit, contohnya macam broker, maka apabila tiba hampir waktu kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawan duit..

"mat, bawak ucaplah laa ilaaha illallah..
mat tak mengucap, tapi dia kire duit ( waktu waktu mati dah nih!!)"   ~Ya Allah! Kau matikanlah kami dalam husnul khatimah!

Sebab itu apabila kita melakukan urusan dunia, jangan lupalah akan zikir kepada Allah scara istiqamah insyaallah..

Dikisahkan pada suatu kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s apabila Nabi Musa a.s dan Harun a.s ingin berdakwah kepada firaun, maka berkata pembesar-pembesar dan menteri-menteri firaun: "Musa ini berdakwah kerana mereka ingin kan kuasa tuan, maka apabila tuan mengikut agama mereka,tuan perlu mengikut ajaran mereka,mereka akan jadi lebih hebat.

Sebab itu dalam berdakwah boleh jadi kerana dunia, jadi banyak org berdakwah kerana hendakkan dunia

Oleh itu Allah suruh Nabi Musa a.s dan Harun a.s. jgn berhenti daripada berzikir dan mengingati, kemudian Allah suruh Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s pergi kepada Firaun.
Sebab itu lah kite mesti sentiasa berzikir supaya hati kita terpelihara
biarlah hati kita dijaga oleh zikir, agar kita tidak melampaui batas..

Dalam satu hadis:

Dari Abdullah An Nu'man ibn Bashir r.a katanya: aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu nyata, dan diantara keduanya itu syubhah(keraguan) yang mana banyak orang tidak mengetahuinya. dan siapa yang menjauhi syubhah maka dia terpelihara dalam agamanya dan maruahnya, tetapi jika dia meletakkan dirinya dalam syubhah,dia telah meletakkan dirinya dalam perkara haram............
dan sesungguhnya didalam jasad ada satu daging, apabila suci daging itu maka suci seluruh jasadnya, dan apabila rosak daging itu maka rosak seluruh jasadnya, iaitu adalah hati"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Jadi, jagalah
ibadat

solat,

baca quran,


wirid-wirid


jadi amalan mesti dijaga!!

bila kita mengikut jadual kita sendiri(tidak berzikir) kita akan lalai
zikir juga adalah satu konsep disiplin yang diaunjurkan oleh Yang Maha Pakar, Allah..
zikir melatih kita berdisiplin dalaman dan luaran, serta belajar mengawal diri..

teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus di UIA Gombak

"setiap sesuatu perkara mesti ada ilmu, nak mencuri kena ada ilmu, nak jadi doktor kena ada ilmu, nak jadi penulis, kena ada ilmu, nak berjalan pun kena ada ilmu..." -Ustaz Azhar Idrus

oleh itu, dalam menguruskan hati..ade ilmunya juga..
saya just share apa yang ada
ada 3 peringkat dalam pengurusan hati apabila kita berurusan dengan Allah
pertama: takholli(pengosongan)

kosongkan hati daripada segala sifat mazmumah:dengki,hasad,riya',ujub, takabbur

kedua: tahalli(hias)

setelah hati dikosongkan, maka hiaskan dengan sifat-sifat mahmudah/segala sifat yang baik

ketiga: tajalli(hadir)

kemudian barulah menghadirkan diri kepada Allah..


contoh:

Apabila kita mendapati tetamu akan hadir ke rumah kita, maka sudah tentu kita akan bersih kan rumah dan diri ,tutup segala keburukan kita( meja bersepah, pakaian). Kemudian kita hiaskan rumah kita dengan lampu-lampu, makanan, perhiasan, diri kita..

" Dia lah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun"
Surah Al-Mulk : 2


juz  4 tazkirah ^_^

Monday, January 23, 2012

Muqaddimah

Assalamualaikum Warahmatullah..
Alhamdulillahi robbil Alaamin..
Selawat dan Salam keatas Rasulillah Saw


Sesungguhnya milik Nya setiap sesuatu..
Begitu juga Ilmu yang kita tuntut...

Segalanya adalah hak mutlak Allah yang dipinjamkan kepada kita, dan kepadaNya kita akan dikembalikan..
Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Rasul dalam kalangan manusia utk memberi peringatan kpd manusia yang diberi kekuasaan menguasai dunia, agar manusia mengetahui bahawa Tuhan hanyasanya adalah Allah yang maha Esa..


Manusia diberi kelebihan oleh Allah dengan kelebihan yang banyak, agar kita bersyukur,namun manusia sebahagiannya lupa dengan nikmat yang Allah berikan..
Sabda Rasulullah saw: Sampaikanlah dariku walau satu ayat
Ini post pertama aku untuk blog akuwaasil.blogspot.com nih... sebelum ni memang ade blog ( ade dua) tapi yang terbaru ni aku akan jadikan medan dakwah dan blog ni akan jadi medan aku berinteraksi, berkongsi dengan blogger tentang perkara-perkara dalam hidup aku, yang boleh dikongsi..
first sekali aku ucap time kasih lah kat adik aku nur safura binti zamri yang tolong aku sikit dengan opinion dia..
kemudian aku rase gembira dan bersyukur sebab dapat buat blog yang aku yakin terbaeek..:-p
aku akan usahakan...
aku terpikir semasa sekolah dulu~ mase SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA
                                                terkenang lah plak mase skola2 dulu
aku dibasuh oleh Maulana Muhd Hazrul bin Sahak..untuk jadi seorang pendaie, mujahid  yg sentiasa menyampaikan kalimat dan peringatan... sejak dari tingkatan 3 dia basuh aku... dia lah "abang" aku...
                                                             Hazrul Al-Faqir ilallah
dari tingkatan 3 tuh sampai tingkatan 4 dia bentuk aku sampai hujung tahun...
kemudian dia pilih aku tok jadi pengganti pemegang amanah agama kat sekolah aku, BADAR..

ALLAHU AKBAR...besar amanah tuh..

Drpd perjuangan dalam jemaah BADAR nilah aku menjadi pendaie dan aku teros latih diri aku berdakwah seperti caranya nabi saw yg sgt mulia dan penuh hikmah, juga seperti caranya para habaib dan belajar dari cara Sultan Muhammad Al-Fateh...

Alhamdulillah.. dan Allah sentiasa akan menguji setiap daripada hambanya, jadi selepas daripada jemaah dakwah BADAR di sekolah aku ni... saudara se jemaah aku alhamdulillah ingin istiqamah kan jemaah BADAR sebab ada potensi BADAR ni bergerak kpd masyarakat sbnr.. tp, aku waktu hanyut dalam arus dunia..sehingga aku ambil lewa ja... (insyaallah usaha lagi bentuk balik jemaah tuh)..

nikmat dan rahmat serta keberkatan yg ALLAH dah beri supaya aku belajar buka minda, berdakwah dan istiqamah ,aku tak akan siakan sebab aku taknak ianya menjadi karat sehingga  tak boleh dikilat semula..

jadi..

insyaallah, dengan nama ALLAH.. semoga tulisan muqaddimah aku ini menjadi amal yang ALLAH terima..amin~ dan semoga ALLAH menjadi aku serta kita semua hambanya yg ikhlas dan istiqamah..

insyaallah, sampaikanlah peringatan daripada ALLAH dan Rasulullah saw...

semoga cahaya-cahaya yang kita sebarkan membuka rahsia-rahsia hati kita dan mendekatkan kita kepada ALLAH serta mendapat redhaNYA..

okeh.. aku harapkan yang terbaek kali ini insyaallah..
dan korang sume sokong lah aku..
always lah visit k..
juz 4 share ^_^