Friday, October 12, 2012

Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat


Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :


لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).

(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS



Wednesday, October 3, 2012

Kesatuan Pemikiran membawa kesatuan kerja

Assalamualaikum..

Wehdatul Fikriyyah (Kesatuan Pemikiran) dan Wehdatul Amal(Kesatuan Gerak kerja/Tindakan)

Apakah Wehdatul Fikri??

Wehdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan

Secara asasnya ianya bermaksud Kesatuan Pemikiran/ United Opinion. Yakni pemikiran yang pada asalnya mempunyai pelbagai dan variasi kemudian disatukan berpandukan/berdasarkan sesuatu dan disesuaikan mengikut manhaj, keadaan semasa dan maslahah.

Apakah Wehdatul Amal??

Wehdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama

Ianya adalah satu bentuk kesatuan gerakan apabila tercapainya kesatuan pandangan(Wehdatul Fikri)

Ada apa dengan Wehdatul Fikri dengan Wehdatul Amal??


Soal Wehdatul Fikri ni biasa timbul dalam kepimpinan, organisasi, pengurusan. Selalu ja terjadi perpecahan dlm gerak kerja. Ada yang kata  mcm tu ada yang kata mcm ni..antara sbb utama adalah tiadanya kesatuan pemikiran(Wehdatul  Fikri).


Jadi..Bagaimana kita ingin  memahami ttg Wehdatul Fikri serta Wehdatul Amal?

Insyaallah ana ingin membuat perkongsian berdasarkan perbincangan antara sahabat-sahabat seperjuangan ^_^


  • Berbeza kesatuan Fikrah dengan Fikrah yang satu. Setiap orang mesti mempunyai pandangan dan fikiran yang berbeza. Cuma fikiran perlu disatukan.
  • Apabila kita mempunyai fikiran dan pandangan yang berbeza maka kita kongsikan dan keluarkan satu keputusan dengan SATU buah fikiran.
  • Inilah yang disebut WEHDATUL FIKRAH. Maka, apabila adanya Wehdatul Fikrah maka adanya Wehdatul Amal.
  • Bagaimana untuk capai Wehdatul FIKR??
  • Dengan adanya panduan. Secara umumnya panduan yang mengkoordinat Muslim adalah Quran dan Sunnah.
  • Dalam satu-satu kepimpinan, mesti ada seorang ketua yang mengkoordinatkan buah fikiran.
  • Sebagai contoh, dalam sesebuah mesyuarat ada berbagai pandangan dan kemudian pandangan-pandangan itu disatukan dengan me-'renovate'-kan untuk dapat satu kata putus(WEHDATUL FIKR). 
  • Dan bila ada satu kata putus yang solid maka ianya dilaksanakan(WEHDATUL AMAL). Kata putus yang dibincangkan memberi satu Pemahaman kepada semua ahli kepimpinan dengan satu fikiran.

BAGAIMANA MELIHAT  WEHDATUL AMAL DAN WEHDATUL FIKR/CONTOH PENGAMALAN WEHDATUL FIKR DAN AMAL 

Banyak contoh yang boleh kita lihat aplikasi Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal antara:
  • Dalam Gerakan Islam/Pentadbiran Islam
    • Adanya Majlis Syura yang yang menjadi Majlis yang teras dalam sesebuah Pentadbiran dan Gerakan Islam
    • Apakah Majlis Syura? Bagaimanakah Majlis Syura diamalkan di Malaysia?
    • Rujuk Link nih (AKAN DI POST)
    • Secara konklusinya, Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.
  • Dalam Society/Kepimpinan/NGO
    • Dalam gerak kerja berprogram, pasti akan Objektif ,Misi dan Tema yang selaras bg memastikan pelaksanaan setiap  Unit tidak lari drpd sasaran sebenar
    • akan ada terbahagi Unit-Unit dan sudah tentu Unit-Unit tertentu berbincang  dan pasti akan ada gerak kerja yang akan bertindan, memerlukan antara setiap Unit.
    • Jadi mesyuarat diadakan bagi mendengar setiap daripada Gerak kerja Unit dan mereka akan membahaskan setiap Gerak kerja mereka dengan sebab2
    • Maka ketua akan mengawal dan koordinat dan menggabungkan setiap pandangan dan gerak kerja kemudian memberi satu gerak kerja yang menyeluruh setelah mengubahsuai gerak kerja stiap Unit agar gerak kerja keselurhan berjalan dengan baik. 
    • Maka akan tercapai Wehdatul Fikri
    • Consequentnya, setiap unit beergerak atas satu kata sepakat (Wehdatul Amal)
  • Dalam Individu/Muslim
    • Asas utama dalam Wehdatul Fikr adalah perlu didasarkan kepada Al-Quran dan Assunnah dan Ijthad agar dalam mencapai Wehdatul Fikri ini tidak lari daripada Matlamat sebenar
    • Dalam hidup sebagai seseorang Individu Muslim kita perlu mendasarkan diri kita berasaskan Quran dan Sunnah agar kita tidak lari daripada landasan hidup.

Secara kesuluruhan/Konklusinya

Firman Allah swt bermaksud:
… dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka 
(Asy’Syuraa:38)

Ana yang lemah tolong tegur kalau ana salah

Wednesday, September 26, 2012

Tarbiyyah Islamiyyah !! ^-^

Assalamualaikum..
Insyaallah ini adalah satu perkongsian tentang Tarbiyyah.. Apa itu Tarbiyyah? Kenapa penting?
 Mari kita dalami Tarbiyyah...






Firman Allah s.w.t.. yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Al-Maidah : 35 )

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah .
Jesteru , ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan , pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan factor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta serta uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran.

Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan .
Dari pentarbiyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Melahirkan Umat Muttaqin(Ummat Yang Bertaqwa) Yang Mempunyai Ta’alluq Billah Yang KuatTarbiyah Islamiyah bertujuan melahirkan satu generasi para du’at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.

Melahirkan Insan Muttaqin (Insan Bertaqwa) Yang Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Tarbiyah Islamiyah adalah program melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurgaNya.
Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka Jahannam.

Melahirkan Para Mukmin Yang Menghayati PerjuanganMukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar . “ (Al-Hujurat : 15)

ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tauhidullah ( mengesakan Allah)
Ini mendorong tindakan bersifat bersih dari sebarang ideologi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam atas keruntuhannya.(Inqilabiyyah)

2. Nubuwwah ( berlandaskan apa yang dibawa oleh para Nabi )
Ia membezakannya dengan tarbiyah Jahiliyyah yang berlandaskan AKAL semata-mata.

3. Al-Hasyr wal Jaza’ ( Hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan )
Tarbiyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.


ASPEK TARBIYYAH

1. Tarbiyyah Aqliyah

berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan Dakwah :
a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan dakwah
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu
c) mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa
d) berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut berlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran ( pemikiran terbuka )

2. Tarbiyah Khuluqiyah (tingkah laku )

Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiyah Khuluqiyah yang harus diamalkan:

Sabar : sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia
 (lihat surah Al-Imran: 200)

Thabat (tetap pendirian ) : Istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu jadikan baginda sebagai uswah hasanah(Contoh terbaik).
Amal ( berwawasan ) : mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.

Mencurahkan tenaga : Gigih dan berusaha dalam menegakkan Islam. Tidak kedekut dalam menyumbangakan masa, harta, kebahagiaan keluarga hatta dirinya sendiri untuk jalan dakwah.

3. Tarbiyah Jihad

Tarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh , usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi

1 Kefahaman
2 Akhlak
3 Iman
4 Persediaan ruh
5 Persediaan mental
6 Persediaan jasad

4. Tarbiyah Ijtima’ie

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah dengan perjuangan yang sebenarnya.”

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh Para Daie ialah :

Sebagai perubah masyarakatMembuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua cara sekalipun, samada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.


5. Tarbiyah Fizikal

Tarbiyah ini membawa matlamat :

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit.
Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa.
Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.

6. Tarbiyah Siasah

Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah , hubungan kerajaan dengan musuh , kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Jesteru gabungan antara tarbiyah siasah dan tarbiyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus keatas Para Daie untuk :

Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik.
Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skill pembinaan siasah Islamiyyah.
Menjalin hubungan baik dengan non-muslim yang lain dengan menampilkan asas agama secara praktikal.
Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

TARBIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYYAH
Dakwah Islamiyyah perlu menekankan aspek tarbiyah kerana tarbiyah merupakan perkara asas paling utama dan tulang belakang bagi Dakwah Islamiyyah. Dakwah Islamiyyah seharusnya mewujudkan unsur-unsur yang mampu melahirkan Daie yang mempunyai sifat-sifat berikut:

Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah.

Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam

Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’(keadaan tempat).

Berpandangan jauh




UNSUR-UNSUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Peringkat Tarbiyyah

Hasan al-Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah tarbiyyah:
a) Peringkat Ta’arif(Kenal) : satu tahap pembersihan aqidah.
b) Peringkat Takwin(pembentukan) : proses pembentukan Insan Daie.
c) Peringkat Tanfiz(Hasil) : memastikan Daie berkualiti dari sudut praktikalnya dan mampu beri sumbangan utk Islam dan Ummat.

Kesimpulan:
Tarbiyyah menjadi teras seseorang individu. Tanpa tarbiyyah seseorang

Wednesday, September 12, 2012

Doa apabila kita ditanya...

Assalamualaikum.. 

ini doa bila orang ingin bertanya kita soalan seperti soalan-soalan agama..
Saya dapat daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Joll pada hari Selasa(11 September 2012)

"Allahumma Hidayatan Lissowab"

Insyaallah semoga Jawapan yang kita beri adalah Jawapan yang benar dan Shahih.

Semoga Allah mempermudahkan kita ^_^

Friday, August 17, 2012

Ya Allah.. Selamatkan lah Islam! Kami diuji!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam,Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW...

lama dah tak posting..hehe..insyaallah ana ada satu posting yang menarik sebagai renungan dan muhasabah untuk kita..

Kenapa tajuk ana hari ni berkaitan dgn Ujian?

Kerana ana ingin mengingatkan Entum semua Ujian Allah beri adalah untuk menguji setiap drpd hambaNya

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Isu Nasharuddin yang keluar PAS dan masuk UMNO, DAP menentang hudud, Dr Mahathir ajak PAS bergabung dgn UMNO.

Ana tak nak menghuraikan tentang isu-isu yang berlaku di ambang Raya ni..Entum boleh cari sendiri..
^_^

Perjuangan PAS- Perjuangan melaksanakan perintah ALLAH

"Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kpd-Ku"

Maksud Ibadah- Setiap perkara yang dilakukan utk mendapat keredhaan-Nya
                        - Melakukan segala suruhan Allah dan Meninggalkan segala Larangan-Nya

Perjuangan menyebarkan Islam tidak akan pernah habis sehingga kiamat. Perjuangan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang ditubuhkan sebagai satu medan untuk menyebarkan ISLAM dan menegakkan Syiar Islam.

Masyaallah PAS sudah menempuh pelbagai mehnah/Ujian dan kini hanya beberapa langkah ke arah pembentukan Negara Islam. Alhamdulillah, berkat Perjuangan Mujahidin, Ulamak, Daie seperti PAS telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan Syiar ISLAM.

Dan seperti kita tahu, antara perjuangan Utama PAS adalah menegakkan hukum Islam.

Ujian ALLAH terhadap Ummat ISLAM

Apabila telah sampai satu tahap penerimaan Rakyat MALAYSIA terutamanya bukan ISLAM terhadap hukum ISLAM yang akan dilaksanakan di MALAYSIA dan tinggal hanya beberapa langkah lagi ke arah membina Negara ISLAM, kita diuji dengan (1)pelbagai fitnah yang hampir-hampir boleh memecah belahkan kesatuan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. (2) Kononnya DAP menentang pelaksanaan hudud. (3) Dr Mahathir mengajak PAS sertai UMNO bagi melaksanakan Hudud (4) Fitnah yang mengatakan Nasharuddin keluar PAS dan masuk UMNO..

Masyaallah ana yakin, pemimpin PAS kesemuanya adalah orang yang sangat faham akan selok belok dan pahit manis perjuangan ISLAM.

Dan sesungguhNYA Allah beri ujian untuk memberikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk PejuangNYA

Semoga kesemua masyarakat Malaysia mendukung PAS dan thabat dalam perjuangan ISLAM.


"SESUNGGUHNYA ALLAH MENGUJI ORANG-ORANG BERIMAN UNTUK MELIHAT SEJAUH MANA KESUNGGUHAN MEREKA DALAM MELAKSANAKAN KETAATAN KEPADA-NYA"

Tuesday, June 19, 2012

Malam yang Agung: Isra' dan Mi'raj - 1


Assalamualaikum..

Segala Puji Bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW..



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya( Muhammad SAW ) pada malam hari dari Masjidil Haram ( di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui"
[Surah Al-Isra' : Ayat 1]


Agungnya malam Isra' Mi'raj, Malam Makhluk yang Unggul keperibadian dan Akhlaknya, Kekasih Allah, kehadiran Rasulullah diraikan oleh penduduk Langit dan Bumi dengan kecintaan yang luas...

Ya Hanana, Beruntung nya kita nih sebagai Ummat Rasullullah! 

Baiklah kita terus kepada Tajuk post kita...Malam Isra' Mi'raj..

Ape tu Malam Isra' Mi'raj?

Nama orang ke?

Aku ade kawan nama Isra', tp Mi'raj xde la pulak..hmm

OK.. First sekali meh kita pi pada definisi Isra' Mikraj

Maksud Isra' Mikraj  

Kalao malas baca tgk video nih ^_^

part 1: Ceramah Isra' Mikraj Ustaz Kazim Elias


part 2: Ceramah Isra' Mikraj Ustaz Kazim Elias


Isra' :         perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masjid                  al-Haram  di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
 
Mikraj: naiknya nabi s.a.w kelangit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
 
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umumnya tegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "
asra bi'abdihi lailan
" yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam."
 Perkataan hamba yang dimaksudkan di siniiaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlakupada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi 
"asra bi ruhi 'abdihi lailan
yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya dimana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaantubuh dan ruhnya serentak.
Pandangan Orang beriman dan tidak beriman 
 
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka  menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan      kepada   peristiwa ini.
 
Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah   kuat mengejek dan  mendustakan   baginda s.a.w.Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. 

Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinanyang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq     yang membawa     maksud pembenar.

Friday, June 15, 2012

Perginya seorang Insan: Ustaz Haji Yahya Othman

 Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Segala Puji Bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW...

Pada 14 Jun 2012, telah perginya seorang Insan berharga di sisi Ummat dan Agama, Ustaz Haji Yahya Othman...

Pemergian beliau seolah-olah satu tamparan kepada Ummat Islam ttg kehilangan permata yang sentiasa menyinarkan pemuda-pemuda Islam. Beliau adalah Murabbi dan Tokoh Dakwah kepada pejuang-pejuang Islam yang gigih memperjuangkan Agama di Malaysia ini....

Insyaallah Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ustaz Yahya Othman....



Alhamdulillah...


Siapa Ustaz Haji Yahya Othman?

Hok aloh !! Sape Ustaz Yahya Othman nih? Die ni sape? hebat sgt ke?

Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau...


OK!! Jom kita kenal siapa Ustaz Yahya Othman nih...


Nama al Marhum al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia.

Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab. Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau.

Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama' (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama' PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah.

Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah dan banyak lagi.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu wa akrim nuzulahu wa wassi' madkhalahu waj'al al-jannata maswahu bi rahmatika ya arhamarrahimin. 


Di sini sedikit video tentang Ustaz Yahya Othman,

 
 Perginya seorang Murabbi : Ustaz Yahya Othman


Ini sedikit link yang boleh dikongsi tentang beliau,




* kenapa perlu utk kenang orang yang sudah ke rahmatullah???

itu satu persoalan yg selalu bermain di minda kita...

baiklah..Manusia nih perlu kan kepada rujukan yang boleh membantu mereka menjadi pembimbing dan pembakar semangat dalam hidup...

dan Ustaz Yahya Othman inilah sebagai salah seorang yang menjadi contoh ikutan Ummat Islam dan juga pembakar semangat kita...Mereka inilah orang yang kita perlu ambil iktibar drpd mereka tentang bagaimana mereka dapat manfaatkan hidup mereka untuk Ummat Islam... Mereka inilah tokoh yang patut kita ikuti dan contohi...

Bukak balik perjuangan-perjuangan yang telah mereka lakukan utk memartabatkan Allah dan Rasul...bagaimana mereka memperjuangkan perkara itu...apakah halangan yang mereka tempuh..apakah ilmu yang dapat kita cedok drpd mereka...Insyallah

Itu sahaja ...sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan ambil contoh-contoh drpd perjuangan beliau..semoga kita menjadi penerus penggerak Ummat Islam..

"Jangan hanya respect pejuang tetapi kita tidak mengikuti dan mencontohi jalan-jalan mereka"

Wassalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh



Thursday, June 14, 2012

Caring...

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW...

Korang sihat??

OK. Terus pd topik..

Saya tengok tv alhijrah tadi....pop... ade keluar satu hadith yang mana Nabi mengatakan barangsiapa yang tidak bertanggungjawab urusan Ummat Islam, Maka dia bukan drpd Ummat Islam..

Apa yang korang semua dapat daripada hadith nih?

Kita secara basicnya dapat memahami dgn jelas apa yang hendak disampaikan oleh Rasulullah SAW iaitu Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa mengambil perihal saudari Muslim kita tak kira yang jauh atau dekat, yang baik atau jahat....

Ungkapan nabi ini mengingatkan saya kepada peri pentingnya kita nih untuk ambil tahu tentang keadaan Ummat yang berada di negara kita mahupun di luar Negara kita sendri...

Mari kita revise dan re-check balik apakah perkara-perkara besar yang menjadi isu terhadap ummat Islam di luar Malaysia sekarang...jom...

  • Kontroversi Ulang Tahun 11 September 2001 di Amerika Syarikat
  • Pilihan Raya Parlimen Mesir dan Kedudukan Rejim Hosni Mubarak
  • Nuklear Iran dan Peningkatan Sekatan
  • Konflik Yaman
  • Serangan Kapal Mavi Marmara dan Dasar Luar Turki
  • Isu Syria: Kekejaman Bashar Al-Asad
  • Kartunis Denmark yang menghina Nabi
  • Isu Lubnan
  • PALESTIN













 banyak lagi isu yang berkaitan Ummat Islam..kalau nak dikupas satu-satu tentang sebab wujudnya isu-isu tersebut memang lah panjang..amat panjang...dan baru-baru ini kita dikejutkan dgn satu Isu Ummat Islam yang berada amat dekat dengan kita iaitu di Rohingya, Myanmar yang mana pembunuhan terhadap Ummat Islam di sana dan ini amat memcabar Ummat Islam kerana kita dengan mudahnya dipijak..AllahuAkbar

namun adakah kita sebagai Ummat Islam take care akan saudara kita yang lain? Muhasabah ^_^...rujuk lah balik kepada hadith nabi yang mulia di atas td...


Rasulullah menekankan tentang persaudaraan, kasih sayang, mahabbah fillah, kesetiaan dalam jemaah Islam adakah kita hidup keseorang sebagai seorang Islam? tidak, kita kena ingat, kita ada Allah, Rasul, dan rakan-rakan seakidah dengan  kita..







Apa perlu nya kita ambil tahu akan perihal Ummat Islam???
cuma ambil drpd link nih http://www.islamituindah.my/ini-bukan-urusan-aku

 



Senario A

Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku.


Senario B

Lantak lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk ‘on-time’, aku siap semua assignment dan lulus semua peperiksaan yang melibatkan ijazah yang aku cita-citakan selama ini.


Senario C
 



Apa kau susah, mereka bukan anak kau. Biarkan sajalah kalau budak-budak ni nak ber’couple’ atau berkawan sesama mereka. Lagi pun mereka dah besar. Kalau pun bunting nanti, pandai-pandailah mereka pergi ke mana-mana klinik untuk gugurkan kandungan atau cari tempat bersalin nanti.


Senario D

Isu Palestin biar orang Palestin selesaikan dengan Israel, isu Syria biar mereka orang Syria urus dengan pemerintah mereka sendiri, isu Pattani biar mereka bincang dengan kerajaan Thailand, kerajaan mereka sendiri. Kita tak perlu sibuk urusan orang lain sebab kita kena jaga anak bini kita dulu.


Sikap Peduli

Sikap peduli adalah sikap ambil tahu dan peka terhadap sesuatu yang berlaku serta memberi tindak-balas terhadap pelbagai hal yang berlaku di sekeliling kita. Rasa peduli, ambil berat atau ‘caring’ adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Mengambil peduli atau mengetahui masalah secara positif akan menggalakkan seseorang dan masyarakat menjadi prihatin terhadap keperluan ahli komuniti mereka dengan berusaha bantu membantu menyelesaikan atau mengurangkan bebanan mereka.

Rasa peduli ini tentunya dalam batas pengamatan yang mendalam dan keinsafan yang tinggi bahawa setiap kita memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian apabila berada di dalam situasi tertentu. Sekiranya sebahagian daripada kita mengalami kesusahan, keperitan dan bencana, tentunya kita memerlukan bantuan atau pertolongan daripada orang lain.

Sekiranya rasa ambil peduli ini subur pada setiap masyarakat kita, ia akan memupuk rasa persaudaraan sesama Islam dan bersifat kemanusiaan sesama mausia tanpa mengira asal keturunan, agama dan bangsa.

Malangnya apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah kerana masing-masing bersikap tidak ambil peduli dengan masalah dan isu-isu yang berlaku di persekitarannya. Contohnya ialah permasalahan kehamilan di kalangan remaja, peningkatan kes jenayah, kes murtad, kes dadah dan rogol yang semakin banyak, amalan rasuah yang subur membiak, kecelaruan identiti di kalangan anak bangsa dan seribu satu macam masalah yang lain.
Jika sikap tak kisah dan tidak ambil peduli terus diamalkan oleh masyarakat kita, bayangkanlah apa yang bakal berlaku terhadap institusi kekeluargaan, budaya kemasyarakatan, kehidupan bernegara dan masa depan umat secara keseluruhannya.

Sikap ambil peduli adalah sikap yang sangat penting untuk disuburkan dan diamalkan di setiap lapisan masyarakat. Seseorang yang sudah dibiasakan dengan sikap ambil peduli atau ‘caring’ akan mencetuskan pembinaan masyarakat yang berkasih-sayang dan tolong menolong ke arah kebaikan bersama. Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.
Surah al-Maidah ayat 2

Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin di kalangan kita. Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, semangat kejiranan dan hidup bermasyarakat, kehidupan bernegara sehinggalah kepada kepedulian umat sejagat.
Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.
(Hadith riwayat Bukhary)







OK...itu drpd saya..mohon ambil iktibar ^_^

Wednesday, June 13, 2012

Adakah perkara yang aku buat bermanfaat untuk orang lain ? :-D

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...:-)

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam, Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Baginda Muhammad SAW...

Sabda Rasulullah SAW : ".....Sebarkan Salam"

Jadi post malam ni berkaitan dengan, "Sejauh mana manfaat amalan aku nih??"

Diantara Sifat-sifat tarbiyah seorang Muslim sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Hasan Al-Banna ialah Nafi'un Lighairihi iaitu Bermanfaat kepada Orang Lain. Oleh itu, Saya nak kongsikan tentang bagaimana kita habiskan hidup kita seharian. Kat sini saya mau kongsi video yang beri inspirasi:


 
Muhasabah ^_^

Dalam setiap perkara yang kita buat:

1     Jaga Niat kita
2     Muhasabah

Pertama sekali, bagaimana nak jaga niat kita? kenapa perlu untuk menjaga niat? Disebut kan dalam hadith nabi SAW:

"Setiap Amalan adalah dengan niat, Dan setiap drpd amalan kita dinilai mengikut niat kita. Maka barangsiapa yang niatnya untuk Allah dan Rasul, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul. Dan barangsiapa yang niatnya untuk kemewahan dunia dan untuk wanita yang nak dinikahinya, maka dia aka dapat apa yang diniatkannya."

Ini adalah hadith yang masyhur dan hadith diletakkan oleh Ulamak sebagai hadith yang utama kerana setiap perkara yang dilakukan bergantung pd niat kita. Kalau kita melakukan perkara untuk selain Allah dan Rasul serta Islam maka sia-sia perbuatan kita.

Baiklah, kita renung sedalamnya, apakah setiap perbuatan kita lakukan ikhlas utk Allah? Adkah pernah ada perasaan riak, ujub, hasad pabila melakukan sesuatu?

dan

Adakah bermanfaat utk Allah atau Rasul atau Islam atau makhluk lain (Nafi'un Lighairih) ?

Kawan saya, Afwan,seorang yang hebat pernah berkata, 

"apakah indikator kita ingin menilai Amalan kita? Indikator nya ialah kita lihat ke mana amalan kita membawa kita. Adakah amalan kita membawa kita dekat dengan Allah atau jauh dengan Allah..."

Kalau amalan yang kita lakukan itu membawa kita dekat dengan Allah maka istiqamah dan mantapkan!
Tp kalau amalan yang kita lakukan itu membawa kita jauh dari Allah maka muhasabah lah..

Langkah kedua, Muhasabah:

Apakah konteks amalan yang dimaksudkan saya disini?

Amalan nih ape? tali ke? gunung ke? Amalan adalah setiap perkara yang kita buat tak kira lah baik atau buruk, bermanfaat atau tak, untung atau rugi...

Amalan nih bukan hanya di limit kan dalam konteks Sembahyang, puasa, zikir, sedeqah ttp ianya luas sebagaimana konsep agama Islam ini luas. Berjalan, tidur, makan, bercakap, belajar, berkawan, bekerja, bermain, berlari, ketawa, menangis, dll juga dimaksudkan sebagai amalan..

Muhasabah adalah perkara yang amat penting yang kita kene lakukan bagi memastikan diri kita sentiasa menjadi lebih baik, Muslim yang produktif, nabi pernah mensihatkan kpd sahabat bhw Muslim perlu menjadikan hari ini lebih baik drpd semalam. Apabila hari ni sama dgn semalam atau lebih teruk, maka kita ni rugi...

Macammana nak muhasabah?

Banyak cara untuk muhasabah antaranya dengan berkawan dengan kawan yang sentiasa mengingatkan kita, sentiasa duduk bermunajat dan beristighfar kepada Allah, membaca buku-buku peringatan, buat borang muhasabah atau disebut maratib amal...

sekarang zaman dah canggih.. macam-macam cara boleh buat ^_^


Nih contoh cara nak muhasabah ^_^



"Semua orang berpeluang untuk berubah kerana semua orang berpeluang mendapat keredhaanNYA"

Aku Ingin Berubah !! :-)




Saya nak berubah! nak jadik org yang patuh kpd perintah Allah...canner ek?

Jaga solat, jaga aurat, jaga kata-kata, duduk bersama orang2 yang soleh, selalu ke masjid, puasa sunnat, sedekah, bykkan berzikir, byk baca quran, istighfar...Insyaallah, Allah akan buka kan jalan untuk kita...

Ya, mmg perubahan adalah perkara yang sukar dilakukan...

Namun, keinginan untuk berubah adalah tanda yang Allah amat syg kepada kita...

Org2 yang sentiasa hatinya dekat dgn Allah ni cekal hatinya, tidak mudah putus asa, tabah menempuh sgl dugaan dan cabaran...

Dia yakin, Allah sentiasa bersama dgnnya...Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih..
Jika hambaNya ingin bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya tentu Dia akan bantu hambaNya..

Tabah, Cekal, Tidak mudah putus asa dalam berbuat baik, anda akan dapat mendekatkan diri dgn Allah.. ^_^

"Allah ingin menguji hambaNya betapa setianya hambaNya padaNya"

Tuesday, June 12, 2012

Indahnya Senyuman ^_^ ¥ Indahnya akhlak Rasulullah SAW ¥

Assalamualaikum!!! ^_^

Segala puji bg Allah, Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah... ^_^

Hari ni ade seorang Muslimah di kedai buku yang baik memberikan saya satu senyuman yang manis.. ^_^
Masyaallah Indahnya senyuman dia... 

Automatik buat saya tersenyum sekali !! ^_^
pagi ni, saya pi kedai buku-buku agama. Pi cari-cari buku simple yang boleh buat baca 2 3 hari nih.. Sbg nak mengisi skt dan menambah thaqafah ilmu...

kemudian Muslimah yang baik yang kerja dekat kedai buku tuh nak mop kat tmpt laluan saya membelek-belek buku. Bila dia nampak saya, dia senyum dgn senyuman yang indah lg manis... saya secara automatik balas senyuman tuh... kemudian dia bergerak  utk mop ke tmpt lain krn tak nak ganggu saya belek-belek buku...

Meh senyum cam Tok Guru! ^_^

Terus ja ubah mood saya.. dan saya terus senyum hingga sekarang ^_^
Ini mengingatkan saya ttg sunnah nya Rasulullah SAW yang mulia ^_^
Rasulullah SAW sentiasa senyum kpd sahabat padahal baginda nih paling byk masalah.. baginda menanggung masalah Ummat..

Selalu juga kita apabila mendgr kisah-kisah orang zaman ini yang pabila mereka bermimpi berjumpa   Rasulullah, Rasulullah dtg kpd mereka dalam keadaan senyum :-)

 Ada diselitkan dalam video ni ttg keperibadian baginda yang sentiasa senyum ^_^

Fattabiouni ^_^

Kawan- kawan, sampaikanlah senyuman anda. Senyuman itu sunnah Rasulullah, Sunnah itu drpd Syiar Islam. Sebarkanlah Syiar Islam dgn Senyuman...


 
Saham... Sebarkan Syiar Islam !! Dakwah..



¥ SENYUM ITU  INDAH ¥
                ^_^

Monday, June 11, 2012

Bersama orang-orang Alim

Assalamualaikum..
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada Junjungan Baginda Rasulullah SAW...

Rasulullullah berpesan kepada ummat
"Al-ulamak warasatul Anbiya"

Pada akhir zaman ini tidak ada lagi nabi atau Rasul yang maksum untuk membimbing kita...
Kerana Muhammad adalah nabi terakhir utusan Allah yang Maha Esa...

Namun, Siapa yang menjadi penerus legasi Rasulullah SAW ???

Jawapannya Ulamak, Orang-orang berilmu...

pada hari ni selepas habis dengar ceramah politik skt oleh YB Salahuddin, aku bersama seorg sahabat dan Ustaz aku pergi berjumpa dgn seorg alim yg muda di Telok Mas, Ustaz Fairuz nama dia..

Kami pi sbb sahabat aku nih, Azim nak mintak pendapat dan rujukan berkenaan kehendak die nak pi ngaji pondok, tp Ibu die nasihat pi kerja drpd pi pondok ngaji. die dah pun ade diploma electrical di Utem...

jadi kami pergi lah pi jumpa Ustaz Fairuz..

Allahuakbar...cara dia berkata dan memberi pandangan  penuh dgn hikmah..

" Walaupun kita, nak pi ngaji, tp mak kita soh pi kerja, pi kerja. Patuh ngan ibu.Nasihat ibu itu berkat. Tuhan tuh cerdik. Dia tahu jalan yang Dia nak bg kita"

"Tp niat kita nak belajar tu jgn kita tinggalkan. Kita tak tahu apa yang Allah nak bg kita akan dtg"

Ustaz bgtahu manusia nih ada lima golongan

1 Golongan Arif Billah
2 Golongan Abid
3 Golongan Ahli Khidmat
4 Golongan yang bekerja mendapatkan dunia utk Menegakkan Agama Allah
5 Golongan yang tidak mendapat apa-apa habuan melainkan hanya habuan dunia yg di usahakan

Jadi lah dalam mana-mana 4 golongan itu dan jgn jadi yang kelima...

Dan ada 2 jenis sahabat yang bermanfaat utk kita

1 Sahabat Iradah yakni Ilmu
2 Sahabat Taqarrub yakni sahabat yang mendekatkan diri kita dgn Allah spt nya: Ulamak, Orang-orang soleh dll

Ada byk lagi perkara yg disampaikan oleh Ustaz Fairuz. Namun, aku tak ingat kesemuanya, Maaf...

"Semua Orang berpeluang utk beruabah kerana semua orang berpeluang mendapat keredhaanNya"

Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Peengampun..

Ada satu kisah sahabat Rasulullah SAW dan kaitannya dgn sifat Pengampun Allah:

Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?
Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.
Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?
Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…
Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.
Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.
Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.
Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.
Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.
Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.
Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.
Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.
Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya diantara esakan tangisan.
Kerana kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan dosa apa yang pernah kau perbuat?
Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.
Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.
Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah) berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub dihadapan Allah!
Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!
Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.
Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.
Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?
Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.
Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.
Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.
Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.
Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.
Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.
Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.

Itu sahaja Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh