Friday, June 28, 2013

Aplikasi PAS ( Parti Islam Se- Malaysia) android untuk semua... PAS FOR ALL


Assalamualaikum..

"Pagi yang indah..
Malam yang tenang..
Setiap manusia ingin menyempurnakan kemahuan mereka..
Supaya mereka sentiasa mereka sentiasa bahagia..  
     
Di mana mereka meletakkan kebahagiaan mereka?
Ianya untuk dinikmati oleh satu organ yng sangat unik, iaitu hati.."        

Kata-kata yang ingin akuwaasil kongsi dengan korang semua.. ^_^

Kita diberi nikmat oleh Allah.. Allah kurniakan kepada kita untuk     menyempurnakan fitrah diri kita..
Kebahagiaan..

Allah menciptakan manusia akal supaya manusia dapat berfikir..
Dan Allah tak jadikan kita robot yang lurus supaya kita dapat berfikir dengan bebas, bebas, bebas.. supaya manusia dapat menilai dan sentiasa mengingatiNya..
                 
Allah berfirman: Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia  melainkan untuk beribadat kepada Ku..        

Dan manusia ini ada juga kelemahan..iaitu lupa.. Allah ingin menguji sejauh mana mengingatiNya tatkala Dia mengurniakan segala nikmat yang tidak terkiranya..

Adakah dia terus bersyukur tatkala Allah bagi nikmat yang memudahkan dengan berbuat perkara yang       diredhaiNya atau bersikap kufur dengan menyalahgunakannya dan melakukan perkara yang mungkar dengan atau kita sia2kan begitu sahaja..

Akuwaasil ajak entum semua kita Bermuhasabah, merenung sejauh mana diri kita...

Semoga kita dapat tingkatkan diri ^_^ kita setiap masa

Sekarang ni akuwaasil nak berkongsi tentang satu aplikasi android yang bermanfaat..

TAPI

YANG PERTAMA NYA SEKALI

ONLY FOR ORANG YANG MINAT DENGAN PAS( PARTI ISLAM SEMALAYSIA SAHAJA)

SESIAPA YANG BERMINAT NAK TAU, DIPERSILAKAN..

TETAPI HORMATI HAK ORANG 

^_^ 


Masa akuwaasil duk cari-cari aplikasi android dalam handphone ni.. akuwaasil teringat masa baca harakahdaily.net, dia ada cakap pasala aplikasi android PAS..

Namanya PAS TOUCH N GET..




                                           
Ni lah aplikasinya...

(kalau berminat apps ni = http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=3&ved=0CDAQFjAC&url=https%3A%2F%2Fplay.google.com%2Fstore%2Fapps%2Fdetails%3Fid%3Dcom.jitp.pas.touch.n.get%26hl%3Den&ei=P13OUZyFHI2Irgefo4GoAQ&usg=AFQjCNGV-VoYFxlq_2dQP-yr_c4RVMyGVA&sig2=GstfOZvfbGy_7dlKEeAxig )


Jadi akuwaasil pun download lah apps ni...

Aplikasi menyediakan Informasi- informasi yang menyeluruh tentang...

Kalau entum tak tau macam mana organisasi PAS , entum boleh cari kat sini..

 Kalau nak tau apa yang dikhabarkan oleh media PAS pun ada dibagitahu jugak...

Kira senang citer la kan.. aplikasi ni memudahkan kita nak update maklumat dari dan tentang PAS..

Zaman sekarang sudah berubah, setiap zaman ada kemajuannya..

Mungkin pada zaman ini dari segi teknologi sangat berkembang mungkin di zaman akan datang pendidikan Islam berkembang pesat.. siapa tahu? Akuwaasil percaya rentetan perubahan zaman itu kesan daripada zaman yang sebelum..

Jadi, di zaman dan era teknologi serba canggih ni kita patut gunakan sebaiknya untuk manfaat Agama Islam agar perkembangan Islam pada masa akan datang menjadi lebih baik..

Kita dapat lihat banyak perkembangan Islam sekarang ini yang berkembang dari segi Ilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Hiburan seperti Maher Zain, perkembangan Idea seperti PAS dan seminar2 Agama..
                                           
Kita dapat lihat juga PAS berkembang dengan baik sekali selari dengan arus zaman..

Jadi gunakan nikmat yang dikurniakan sebaiknya ye ^_^

Antara perkongsian oleh blogger lain tahun lepas http://amanz.my/2012/11/parti-pas-melancarkan-aplikasi-android-touch-n-get/

Tuesday, March 19, 2013

Hiking di Bukit Tabur

Assalamualaikum..

Pe citer semua orang? sihat belako?

Hari ni akuwaasil nak share sikit pasal pengalaman ber'hiking' kat bukit Tabur.


















Ha.. macam ni masa mula-mulanya

First sekali, seminggu sebelum ber'hiking' sahabat ambe, Muiz ajak nak ajak keluar beraktiviti lasak sikit.. Dia cadangkan supaya pergi 'Hiking' dekat bukit Tabur..

Jadi ambe bertanya: "Kat mane bukit Tabur tu? Best tak tempat dia? Kalau sesuai ambe ingat nak ajak sahabat-sahabat pergi sekali"

Muiz pun jawab: "Insyaallah dekat je dengan UIA kat belakang UIA je.. dekat dengan Taman Melawati.. tempat dia mencabar gak la.."

Jadi ambe rase mmg sesuai kalau ajak Sahabat seperjuangan pergi sekali.. boleh kita berukhuwwah sambil mentarbiyyah diri-diri dengan Tarbiyyah Jasadiah..

teringat satu Hadis nih
 "Allah lebih suka Mukmin yang kuat daripada Mukmin yg lemah"

jadi dengan harapan ber'hiking' ni dapat eratkan ukhuwwah dan menguatkan Jasadiyyah sebagai daie-daie yang murabbitin ^__^

dalam Muwasafat Tarbiyyah pun salah satu sifat-sifat Tarbiyyah adalah Qawiyul Jismi iaitu Kuat Tubuh Badan.. jadi kalau tak kuat tubuh badan maka tak cukup lah sifat Tarbiyyah..

Jadi ambe pun balik la search kat Encik Google dan survey-survey pasal Bukit Tabur ni..

Bila search dan survey tengok tempat ni nampak mencabar jadi dengan tak lengah masa..ambe pun promote la kat semua sahabat-sahabat Murabbitin fi Amru Addakwah

Kami pun pergi pada hari Sabtu, 16 Mac 2013 jam 7.30 pagi..

Memang biasa yang hiking-hiking ni suka pergi waktu Matahari naik atau turun sebab nak tengok keindahan ciptaan Allah dan lagipun pagi memang waktu sesuai sebab tak panas sangat

pergi kami naek kereta Zulfahmi, orang Gombak..sahabat perjuangan gak.. nek keta ayah dia sebab besar, boleh muat ramai, Kereta Unser.. jadi kami pergi dalam 7 orang + join adventure ngan kawan-kawan yang lain..

Yang pergi Ambe, Muiz, Zulfahmi, FadhliUmar, Faris Jazli, Azimi@gymy, Azzan Aznan..

Biase lah pagi-pagi kan..kami pi singgah dulu kat kedai beli kuih-muih sikit ngan air buat isi perut pastu gerak ke hilir bukit Tabur..

Jadi Bukit Tabur ni ada lebih kurang 10 check point kalau tak silap.. setiap check point tu terletak kat puncak bukit..jadi kami naik turun lebih kurang 10 bukit keliling.. dan perjalan pergi balik tu amik masa 5 jam lebih kurang..

Jadi kami naik.. bila naik nih.. memang penat lah kan.. baru check point 2.. ada sahabat yang dah mula nak balik dah... memang penat..lenguh..tapi ambe tak kisah..hehe.. tapi pikir jugak sahabat penat..tapi kalau tak paksa diri dengan Tarbiyyah macam mana nak terlatih atau terdidik.. betul tak?

Jadi ambe teruskan jugak perjalanan.. depa terus ikut bagi menyahut cabaran Tarbiyyah Jasadiah ni..

Kami naik-naik dan naik (beserta turun la) sampai kat satu dakian yang memang curam... memang kene panjat macam wall climbing dan memang nampak susah bila nak panjat..

sampai ada sahabat ambe kate: " Weyh.. baik tak payah amik risiko panjat nih.. bahaya"
ada jugak yang kata: " Balik lah.. mustahil nak panjat mende nih"

Pastu kami tunggu dan berfikir boleh atau tidak panjat..

Pastu ambe nampak seorang perempuan panjat dan ambe pun kata kat sahabat: "Weyh tengok tu.. nampak tak perempuan tu naik.. memang hebak betul.. aku yakin kita boleh"

ambe sangat minat ber'hiking' bila nampak mende tuh ambe kurang pikir pasal risiko tapi ambe pikir inilah halangan hebat yang harus kita rentasi.. cuba bayangkan kalau kita dapat panjat sampai atas...mesti kita akan rasa sangat seronok dan gembira dengan kemampuan kita dan hasil usaha kita...

kemudian kami perhati lagi... ade lagi pulak orang tua dalam umur 40 ke 45 naik pulak mende tuh...

orang tua pun boleh panjat..

kemudian seorang sahabat kate: "nilah satu-satunya peluang kita hadap cabaran ni.. rugi tak buat.."

Jadi kami bersetuju nak panjat..(sebab kalau balik pun jauh jugak ^_^, baik teruskan je)

Kemudian kami panjat dan bila sampai kat atas..pergh dia punye seronok dye..

haha..

pengajarannya daripada naik dakian yang curam tadi,

"Nothing Impossible, bende yang kita tengok tu mungkin Imposibble tapi bila cuba dan usaha bersungguh insyaallah segalanya boleh"

Dalam kita tempuhi hidup kita ni.. akan ada sangat banyak cabarn yang mesti kita hadapi.. apa yang kita perlukan adalah persediaan, keberanian dan kesungguhan yang hebat, insyaallah kita akan berjaya atasi cabaran2 tuh

Kejayaan setinggi bintang pun kita akan mampu dicapai jika kita terus usaha dan cuba.. begitu jugak dalam dakwah... kita akan mendepani dengan pelbagai dugaan, rintihan, ,mehnah dan tribulasi... kita perlu berjuang, jihad dan berkorban demi melaksanakan tuntutan Allah

kemudian kami teruskan perjalanan lagi dan ada lagi dakian2 yang macam tuh..jadi disebabkan dah pernah lepas dakian yang curam tuh.. dakian yang seterusnya tampak lagi senang.. kami pun sampai dekat puncak bukit yang menampakkan belakang Bukit Tabur, Tasik, dan boleh anampak KLCC, Menara KL, Masjid Setiawangsa, UIA Gombak dan kawasan sekitar Gombak.. memang cantik..apa lagi.. bergambar la jawabnye..heheh..

banyak lagi la pengalaman masa ber'hiking' nih... nanti gambar-gambar yang lain nih akan menggambarkan ekspedisi kami..

ambe nih memang suka aktiviti outdoor,
Apa yang ambe suka buat hujung minggu adalah berenang, Hiking, Futsal dan Joging.. ni adalah antara aktiviti yang ambe suka buat..

Ambe sangat minat Futsal jugak.. ambe punyer kawan-kawan memang hebak2.. kami duk satu team Futsal sejak dari UIA PJ memang kena la chemistry team kitorang

K.. tengok-tengok la gambar ni..


pemandangan bukit Tabur kalau diambil dari atas...
   

  

NASIHAT PADA YANG PERGI HIKING KAT BUKIT TABUR:
Ambe prefer perempuan tak pergi sebab tempat dia hardcore dan lasak la jugak..
Baik Air Mineral ngan Roti ke sikit..
Pergi awal-awal pagi
Kalau takat nak pi jalan-jalan je.. baik takyah pergi, kalau rasa tak mampu takyah pergi.. agak risiko la jugak
Pakai pakaian yang sesuai, pakai selipar konfirm koyak selipar
Berani amik risiko..

Tapi best!

Monday, March 4, 2013

Jom ke Habib Homestay!


Assalamualaikum...

Hari ni akuwaasil nak ajak korang semua datang ke Melaka... Melaka ni sebuah negeri yang bersejarah dan banyak tempat bersejarah yang menarik yang ade kat Melaka ni..

kat sini akuwaasil nak promote korang semua kalau singgah ke Melaka ni, takyah pegi hotel-hotel.. kat Melaka nih kalau korang nak tau tempat penginapan kat Melaka terkenal dengan Homestay terutamanya homestay ala-ala kampung.. tapi homestay akuwaasil nih bukan lah ala-ala kampung pun, cuma rumah teres 3 bilik ja.. TAPI, homestay nih memang special punya..

Nama homestay nih Habib Homestay. Lokasi terletak dekat Taman Rumpun Bahagia, Melaka.



kami menyediakan tempat yang selesa (khas untuk korang jer ^_^). Kalau nak cakap pasal lokasi, lokasi Habib Homestay dekat betul (sebelah je) dengan Melaka Sentral dan lokasi ni memang sangat strategik iaitu di kawasan tengah bandar, bukan tengah bandar je, tapi dekat dengan lokasi-lokasi bersejarah spt A'Famosa, Stadhuys dan lain-lain..kalau jalan ke sana tu dalam 15 minit ja gerak..

Habib Homestay  ni menawarkan penginapan dengan ciri-ciri berikut:

1 Rumah teres 1 tingkat - Sesuai untuk penginapan bagi keluarga. 


2 3 bilik tidur & 2 bilik air (dilengkapi Air-Cond) 


3 Rumah baru renovate dengan perabot baru & dalam keadaan yang sangat selesa untuk 


didiami 

4 Kemudahan memasak (Dapur, peti ais, cerek elektrik,pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, 


garfu, pisau dan lain2)

5 Set tv, sofa & meja makan di ruang tamu yang luas & selesa 


6 Parking untuk 1 kereta di dalam pagar & 2 hingga 3 kereta di luar pagar tanpa menghalang 


lalulintas

7 Sejadah, tikar, selimut, tilam & bantal tambahan turut disediakan.


Pengalaman orang yang pernah duduk homestay, diorang kata kalau kat homestay tuh malam kalau tidur, memang sejuk..


Keluasan homestay tuh memang memuaskan la.. kalau nak buat gathering pun cantek kat sini..

hmm...cakap pasal rupa macam mana homestay.. mesti korang nak tau kan? ha.. jom tengok

Ini Ruang Tamu yang super osem..!

Ha...ni kawasan makan, televisyen, gosok baju..mmg best
Yang ni bilik utama..katil Queen, ade aircond..yess

Ini bilik kedua.. dua katil single

Ini pulak bahagian dapur.. ade peti ais, pinggan mangkuk suma ada

Harga berapa.. harga untuk semalam adalah RM200.00

ini kira promosi lah ni.. murah kot.. tempat lain tak dapat cam ni..hehe

ok.? amacam..best tak?

kalau ade ape2 yang nak ditanya, boleh tanya direct ke komen nih atau boleh call terus En. Zamri: 0122420353

atau



ke facebook page https://www.facebook.com/HabibHomestay



atau


ke blog Habib Homestay: http://habibhomestay.blogspot.com/




Friday, March 1, 2013

Kronologi Peristiwa Lahad Datu

Isu Lahad Datu sekarang ini menjadi satu isu keselamatan negara Malaysia kerana gerakan pencerobohan dari kumpulan yang mendakwa mereka adalah kumpulan yang menuntut hak tanah di Sabah yang mendakwa mereka pewaris Kesultanan Sulu dari Selatan Filipina

Berikut merupakan kronologi peristiwa pencerobohan Lahad Datu dari 9 Februari hingga semalam (1 Mac) yang diambil dari laporan mStar Online dan Sinar Harian:


KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan Malaysia dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta 2 lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA

Peristiwa ini diharap agar dapat diatasi dengan baik oleh pihak keselamatan Malaysia. Ayuh sama2 kita doa dan solat hajat agar Allah memberi kan keamanan...

**Isu semasa berkaitan negara adalah satu isu yang perlu dicakna oleh Umat Islam. sebagaimana disebut dalam Syarah Usul oleh Al-Imam Hasan Al Banna bahawa Islam adalah agama yang Syumul, dalam bab ini Al Imam Hasan AL Banna menyebut Islam adalah agama kenegaraan. Jadi soal negara adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.. 
Nanti kan pos ana berkaitan dengan SYARAH USUL 20!

Friday, October 12, 2012

Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat


Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :


لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).

(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS



Wednesday, October 3, 2012

Kesatuan Pemikiran membawa kesatuan kerja

Assalamualaikum..

Wehdatul Fikriyyah (Kesatuan Pemikiran) dan Wehdatul Amal(Kesatuan Gerak kerja/Tindakan)

Apakah Wehdatul Fikri??

Wehdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan

Secara asasnya ianya bermaksud Kesatuan Pemikiran/ United Opinion. Yakni pemikiran yang pada asalnya mempunyai pelbagai dan variasi kemudian disatukan berpandukan/berdasarkan sesuatu dan disesuaikan mengikut manhaj, keadaan semasa dan maslahah.

Apakah Wehdatul Amal??

Wehdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama

Ianya adalah satu bentuk kesatuan gerakan apabila tercapainya kesatuan pandangan(Wehdatul Fikri)

Ada apa dengan Wehdatul Fikri dengan Wehdatul Amal??


Soal Wehdatul Fikri ni biasa timbul dalam kepimpinan, organisasi, pengurusan. Selalu ja terjadi perpecahan dlm gerak kerja. Ada yang kata  mcm tu ada yang kata mcm ni..antara sbb utama adalah tiadanya kesatuan pemikiran(Wehdatul  Fikri).


Jadi..Bagaimana kita ingin  memahami ttg Wehdatul Fikri serta Wehdatul Amal?

Insyaallah ana ingin membuat perkongsian berdasarkan perbincangan antara sahabat-sahabat seperjuangan ^_^


  • Berbeza kesatuan Fikrah dengan Fikrah yang satu. Setiap orang mesti mempunyai pandangan dan fikiran yang berbeza. Cuma fikiran perlu disatukan.
  • Apabila kita mempunyai fikiran dan pandangan yang berbeza maka kita kongsikan dan keluarkan satu keputusan dengan SATU buah fikiran.
  • Inilah yang disebut WEHDATUL FIKRAH. Maka, apabila adanya Wehdatul Fikrah maka adanya Wehdatul Amal.
  • Bagaimana untuk capai Wehdatul FIKR??
  • Dengan adanya panduan. Secara umumnya panduan yang mengkoordinat Muslim adalah Quran dan Sunnah.
  • Dalam satu-satu kepimpinan, mesti ada seorang ketua yang mengkoordinatkan buah fikiran.
  • Sebagai contoh, dalam sesebuah mesyuarat ada berbagai pandangan dan kemudian pandangan-pandangan itu disatukan dengan me-'renovate'-kan untuk dapat satu kata putus(WEHDATUL FIKR). 
  • Dan bila ada satu kata putus yang solid maka ianya dilaksanakan(WEHDATUL AMAL). Kata putus yang dibincangkan memberi satu Pemahaman kepada semua ahli kepimpinan dengan satu fikiran.

BAGAIMANA MELIHAT  WEHDATUL AMAL DAN WEHDATUL FIKR/CONTOH PENGAMALAN WEHDATUL FIKR DAN AMAL 

Banyak contoh yang boleh kita lihat aplikasi Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal antara:
  • Dalam Gerakan Islam/Pentadbiran Islam
    • Adanya Majlis Syura yang yang menjadi Majlis yang teras dalam sesebuah Pentadbiran dan Gerakan Islam
    • Apakah Majlis Syura? Bagaimanakah Majlis Syura diamalkan di Malaysia?
    • Rujuk Link nih (AKAN DI POST)
    • Secara konklusinya, Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.
  • Dalam Society/Kepimpinan/NGO
    • Dalam gerak kerja berprogram, pasti akan Objektif ,Misi dan Tema yang selaras bg memastikan pelaksanaan setiap  Unit tidak lari drpd sasaran sebenar
    • akan ada terbahagi Unit-Unit dan sudah tentu Unit-Unit tertentu berbincang  dan pasti akan ada gerak kerja yang akan bertindan, memerlukan antara setiap Unit.
    • Jadi mesyuarat diadakan bagi mendengar setiap daripada Gerak kerja Unit dan mereka akan membahaskan setiap Gerak kerja mereka dengan sebab2
    • Maka ketua akan mengawal dan koordinat dan menggabungkan setiap pandangan dan gerak kerja kemudian memberi satu gerak kerja yang menyeluruh setelah mengubahsuai gerak kerja stiap Unit agar gerak kerja keselurhan berjalan dengan baik. 
    • Maka akan tercapai Wehdatul Fikri
    • Consequentnya, setiap unit beergerak atas satu kata sepakat (Wehdatul Amal)
  • Dalam Individu/Muslim
    • Asas utama dalam Wehdatul Fikr adalah perlu didasarkan kepada Al-Quran dan Assunnah dan Ijthad agar dalam mencapai Wehdatul Fikri ini tidak lari daripada Matlamat sebenar
    • Dalam hidup sebagai seseorang Individu Muslim kita perlu mendasarkan diri kita berasaskan Quran dan Sunnah agar kita tidak lari daripada landasan hidup.

Secara kesuluruhan/Konklusinya

Firman Allah swt bermaksud:
… dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka 
(Asy’Syuraa:38)

Ana yang lemah tolong tegur kalau ana salah

Wednesday, September 26, 2012

Tarbiyyah Islamiyyah !! ^-^

Assalamualaikum..
Insyaallah ini adalah satu perkongsian tentang Tarbiyyah.. Apa itu Tarbiyyah? Kenapa penting?
 Mari kita dalami Tarbiyyah...






Firman Allah s.w.t.. yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Al-Maidah : 35 )

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah .
Jesteru , ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan , pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan factor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta serta uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran.

Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan .
Dari pentarbiyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Melahirkan Umat Muttaqin(Ummat Yang Bertaqwa) Yang Mempunyai Ta’alluq Billah Yang KuatTarbiyah Islamiyah bertujuan melahirkan satu generasi para du’at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.

Melahirkan Insan Muttaqin (Insan Bertaqwa) Yang Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Tarbiyah Islamiyah adalah program melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurgaNya.
Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka Jahannam.

Melahirkan Para Mukmin Yang Menghayati PerjuanganMukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar . “ (Al-Hujurat : 15)

ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tauhidullah ( mengesakan Allah)
Ini mendorong tindakan bersifat bersih dari sebarang ideologi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam atas keruntuhannya.(Inqilabiyyah)

2. Nubuwwah ( berlandaskan apa yang dibawa oleh para Nabi )
Ia membezakannya dengan tarbiyah Jahiliyyah yang berlandaskan AKAL semata-mata.

3. Al-Hasyr wal Jaza’ ( Hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan )
Tarbiyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.


ASPEK TARBIYYAH

1. Tarbiyyah Aqliyah

berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan Dakwah :
a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan dakwah
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu
c) mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa
d) berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut berlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran ( pemikiran terbuka )

2. Tarbiyah Khuluqiyah (tingkah laku )

Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiyah Khuluqiyah yang harus diamalkan:

Sabar : sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia
 (lihat surah Al-Imran: 200)

Thabat (tetap pendirian ) : Istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu jadikan baginda sebagai uswah hasanah(Contoh terbaik).
Amal ( berwawasan ) : mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.

Mencurahkan tenaga : Gigih dan berusaha dalam menegakkan Islam. Tidak kedekut dalam menyumbangakan masa, harta, kebahagiaan keluarga hatta dirinya sendiri untuk jalan dakwah.

3. Tarbiyah Jihad

Tarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh , usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi

1 Kefahaman
2 Akhlak
3 Iman
4 Persediaan ruh
5 Persediaan mental
6 Persediaan jasad

4. Tarbiyah Ijtima’ie

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah dengan perjuangan yang sebenarnya.”

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh Para Daie ialah :

Sebagai perubah masyarakatMembuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua cara sekalipun, samada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.


5. Tarbiyah Fizikal

Tarbiyah ini membawa matlamat :

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit.
Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa.
Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.

6. Tarbiyah Siasah

Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah , hubungan kerajaan dengan musuh , kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Jesteru gabungan antara tarbiyah siasah dan tarbiyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus keatas Para Daie untuk :

Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik.
Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skill pembinaan siasah Islamiyyah.
Menjalin hubungan baik dengan non-muslim yang lain dengan menampilkan asas agama secara praktikal.
Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

TARBIYAH DALAM DAKWAH ISLAMIYYAH
Dakwah Islamiyyah perlu menekankan aspek tarbiyah kerana tarbiyah merupakan perkara asas paling utama dan tulang belakang bagi Dakwah Islamiyyah. Dakwah Islamiyyah seharusnya mewujudkan unsur-unsur yang mampu melahirkan Daie yang mempunyai sifat-sifat berikut:

Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah.

Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam

Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’(keadaan tempat).

Berpandangan jauh




UNSUR-UNSUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Peringkat Tarbiyyah

Hasan al-Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah tarbiyyah:
a) Peringkat Ta’arif(Kenal) : satu tahap pembersihan aqidah.
b) Peringkat Takwin(pembentukan) : proses pembentukan Insan Daie.
c) Peringkat Tanfiz(Hasil) : memastikan Daie berkualiti dari sudut praktikalnya dan mampu beri sumbangan utk Islam dan Ummat.

Kesimpulan:
Tarbiyyah menjadi teras seseorang individu. Tanpa tarbiyyah seseorang